Sunday, October 19, 2014

Aku dan Pokok



Aku jumpa sebatang pokok . 
Penat sangat , aku pun berehat .
Pokoknya berbuah sangat lebat . 
Ku cuba gapai tapi tak sampai ..
Lalu batu ku baling .. 
Sudah puas aku baling ,
Aku tinggalkan . 


-FNAM-

Thursday, August 14, 2014

Mungkin




Mungkin aku belum cukup hebat .
Mungkin aku belum cukup kuat .
Mungkin aku belum cukup wang .
Mungkin aku belum cukup membahagiakan .
Mungkin aku belum cukup membanggakan .

Aku perlu suara yang memberi semangat , bukan suara yang memperlekeh setiap tingkah laku . 


FNM

Saturday, August 2, 2014

Pray4Gaza




Kita bermandi suka .., 
Mereka bermandi darah .. 

Kita bermandi kesenangan .., 
Mereka bermandi peperangan .. 

Kita bermandi keseronokan .., 
Mereka bermandi tawa dan hiba .. 

Allahu , Selamatkan lah saudaraku yang berada di bumi Palestin . 
Tabah kan lah mereka yang menangisi pemergian insan dicintai dengan bait ayat suci Kamu . 
Engkau seka lah air mata mereka yang membanjiri bumi Mu Ya Rabb .. 

Wahai saudara ku di bumi Gaza ., mungkin bukan setiap masa ingatan ku pada kamu sekalian di sana .. Tapi ketahui lah aku akan tetap mendoakan kamu semua . Allah bersama kamu , dan kita . Insya Allah .. 


FNM

Wednesday, July 9, 2014

Jodoh





Dia datang .
Dia pergi . 
Dia menjenguk kembali . 
Kali ni lama sikit .. 
Belum puas aku raih bahagia . 
Dia pergi sekali lagi .. 
Selamanya dan takkan kembali . 

Sempat dia berpesan "ada jodoh kita ketemu lagi" 



- FNAM -

Sunday, June 1, 2014




Pada bila pesan kepada hati untuk tidak jatuh ,
Ketahuilah ia dah lama terpaut .


Segala apa yang terbuku dalam hati ,
Akan kekal terpendam .


F.N.M 

Wednesday, May 14, 2014




Terlalu hampir dengan yang hadapan ,
Hampir tak sedar aku hampir je melanggar ,
Reverse kebelakang supaya body tak calar .


Naseb tak laju , 
Kalau tak sudah aku ke kubur dahulu . 

Ini bukan kisah accident kereta ,
Tapi andai saje kau faham .
Kau akan tau ape yang tersirat .



FNM 

Monday, May 5, 2014

Luah





Tidak meluah bukan kerana aku tak suka ..
Aku cuma perlukan masa ..
Sakit yang lama aku pendam , terlalu payah untuk aku padam ..
Cuma mengelak dari terus terluka ..
Kerana perit yang aku rasa selama ini ,
Cukup buat aku buka mata dan memandang ke masa hadapan .. 
Segala urusan aku serah pada-Nya ..


Siapa pun kamu wahai zaujj ,
Aku terima kamu seadanya .. 

FNM 

Sunday, April 20, 2014





Dan apabila bahagia kamu yang aku cari ,
Biar aku merana dan berduka , 
Melihat kau tersenyum, 
Suda cukup buat aku gembira .


FNM 

Thursday, March 27, 2014


SENTAP

. satu kata .
. sukar ditafsir .
. definisinya yang pelbagai .



F.N.M

Tuesday, March 25, 2014

Kalau suka .. Katakan suka .. 
Kalau rindu .. Katakan rindu ..
Kalau sayang .. Katakan sayang ..
Kalau cinta .. Katakan cinta .. 

Kalau betul semuanya .. Mengapa perlu tipu ??

Jangan disangkal rasa hati ..
Jangan engkau menipu diri ..
Tiada apa yang perlu kau sembunyi ..

Hakikat ini rasaku .. 
Yang dah lama tersemat dalam kalbu .. 
Ini bukan cerita P.Ramlee yang kau mahu aku "belah lah dada x-ray lah hati"
Dan jangan kau anggap aku seperti puitis yang hanya pandai berkata-kata ..
Setelah apa yang jadi .. Sungguh aku tak punya hati ..
Tiada lagi yang perlu aku lakukan disini .. 

Wahai awak ..
Izinkan aku pergi ..
Menjadi seperti si burung merpati ..
Bebas ..
Tanpa ada yang menyakiti .. 



F.N.M 

Tuesday, March 11, 2014

Peragut





Ku cuma punya satu hati ..
Jangan biar kan aku jatuh lagi .. 
Cukup luka lama yang masih merah ini .. 
Jangan ditambah luka pada hati ini ..
Jangan kau ragut hatiku pergi ..
Kerana aku takut sakit lagi ..


FatiNabilah.Manaf

Thursday, February 20, 2014

B . A . H . A . G . I . A



Apa bahagia itu milik kita?
Apa ia sebentar cuma ?
Allahurabbi ..
Aku hamparkan pengharapan aku kepada mu Ya Rabb ..
Sungguh sakit n perit jika aku terluka ..
Biarkan aku terus disini ..
Berdoa dan memohon kepada Engkau yang Maha Sakti ..
Agar semua nya ku redhai ..
Biar apa pun jalan yang telah Engkau tunjuki ..


F . N . M 

Sunday, February 9, 2014

Mending wall



Mending up my wall ..
So people won't see me SMALL .. 


Mending up my wall .. 
So i won't treated like a BALL .. 


Mending up my wall .. 
SO THAT I WON'T FALL



Fatinabilah.Manaf

Sunday, February 2, 2014

Terpesona 😊

Bait perkataan yang cukup indah ..
Lalu hatiku terpesona ..
Sebelum ia terus 'JATUH'

Akal berkata:
"Wahai hati.., jagalah diri ..
Teguhkan benteng mu ..
Jangan biarkan kamu hanyut terbuai ..
Sebaliknya .. Sandarkan pengharapan mu melalui doa..
Yang disampaikan terus kepada Sang Pencipta"

Jawab hati:
"Ya zaujjku , siapa pun kamu ..
Dimanapun kamu berada ..
Aku yakin kamulah yang terbaik ..
Kerana kamu dikirim dari Dia kepada ku..
Kan ku jaga hatimu .. Itu janji ku ..
Hanya ku pinta , bimbinglah aku ..
Kerana kamu bakal imamku ☺️ .. "

Tidak ku mengejar kesempurnaan dalam dirimu ,
Kerana sempurna itu hanya muncul jika hati kita bersatu ..


Fatinabilah.Manaf