Thursday, March 27, 2014


SENTAP

. satu kata .
. sukar ditafsir .
. definisinya yang pelbagai .



F.N.M

Tuesday, March 25, 2014

Kalau suka .. Katakan suka .. 
Kalau rindu .. Katakan rindu ..
Kalau sayang .. Katakan sayang ..
Kalau cinta .. Katakan cinta .. 

Kalau betul semuanya .. Mengapa perlu tipu ??

Jangan disangkal rasa hati ..
Jangan engkau menipu diri ..
Tiada apa yang perlu kau sembunyi ..

Hakikat ini rasaku .. 
Yang dah lama tersemat dalam kalbu .. 
Ini bukan cerita P.Ramlee yang kau mahu aku "belah lah dada x-ray lah hati"
Dan jangan kau anggap aku seperti puitis yang hanya pandai berkata-kata ..
Setelah apa yang jadi .. Sungguh aku tak punya hati ..
Tiada lagi yang perlu aku lakukan disini .. 

Wahai awak ..
Izinkan aku pergi ..
Menjadi seperti si burung merpati ..
Bebas ..
Tanpa ada yang menyakiti .. 



F.N.M 

Tuesday, March 11, 2014

Peragut





Ku cuma punya satu hati ..
Jangan biar kan aku jatuh lagi .. 
Cukup luka lama yang masih merah ini .. 
Jangan ditambah luka pada hati ini ..
Jangan kau ragut hatiku pergi ..
Kerana aku takut sakit lagi ..


FatiNabilah.Manaf